Friday, September 18, 2009

balik kampung.....

haiz...
cuti raya pun sudah bermula...
aku memang dah boleh selasa lagi tapi ku malas nak balik..
kenapa malas plak?
malas sebab assig tak habis diedit....
kini aku keseorangan dalam bilik ku dan di istanaku...
keboringan memuncak.....
wireless pun lembab macam siput
aku dijadualkan balik pada 22th sept malam....
sehingga tue.....
haiz

Friday, September 4, 2009

merdeka....merdeka.....merdeka...

sudah genap 52 tahun
malaysia merdeka.......

setiap tahun sambutan merdeka yang dijalankan di Malaysia sangat meriah....
begitu juga sambutan kemerdekaan di KHAR,UPSI....
namun tahun ini ,sambutan merdeka tidak dapat dijalankan kerana KHAR telah diminta untuk untuk tidak mengadakan program yang melibatkan ramai orang

akan tetapi KHAR tetap meyambut Hari Merdeka walaupun dirai secara sederhana
semua rumah di KHAR dibekalkan bendera Malaysia secara percuma dan bendera tersebut dipasang di balkoni rumah dan disekeliling KHAR............
gah ku melihat bendera di balkoni setiap rumah...

jutaan terima kasih saya ucapkan pada Pengurusan KHAR kerana membantu biro saya dalam menjayakan program kecil ini yang hanya dirancang dalam 6 hari....
jutaan terima kasih juga kepada rexco saya.....walaupun mereka kecewa kerana program utama kami " ONWARDS ONE UNITY" dibatalkan kerana wabak H1N1
mereka tetap turun padang dan menjayakan program ini ...........

terima kasih juga saya ucapkan kepada partner saya JESSICA AK BETTIE kerana memberikan saya semangat untuk terus meneruskan program kibaran bendera.....

..assig..oh assig

apa yang tertera diatas bukan sekadar tajuk post tapi keluhan saya dan rakan saya dalam menyiapkan assig sem kali ini...
sem kali ini tidak seperti sem-sem lepas..
segala perancangan kali ini musnah gara gara H1N1

walaupun cuti H1N1 sudah berlepas namun impaknya masih dapat dirasai sehingga kini...

fokus terhadap assig telah pun hilang dan tidak mempunyai semangat membuat assig....

apa yang lebih memeningkan adalah tajuk assigment yang pelik...
yang kami rasa tidak relevan bagi program kami yang sedang ikuti...
assig membebankan dan lect pulak memberi maklum balas yang tidak memuaskan hati kami...

kami dilema..................