Tuesday, August 25, 2009

PROJEK WARGA anjuran USM dengan kerjasama UPSI


PROJEK WARGA
16-19 OGOS 2009
BAYVIEW HOTEL,GEORGETOWN,PENANG
anjuran
INSTITUT KEWARGANEGARAAN MALAYSIA,USM
dengan kerjasama
UPSI


begitulah butiran program yang telah saya ikuti ....
saya dicalonkan oleh pensyarah sendiri dan mewakili jabatan dibawah fakulti....
seramai lebih kurang 55 pelajar UPSI dari 8 fakulti telah melibatkan diri dan seramai 25 pelajar dari USM
dan kesemua peserta adalah bakal pendidik...
intipati program ini adalah untuk melatih bakal guru mengenai modul kenegaraan dan sivik
kami di bahagikan kepada 4 kumpulan besar dan etiap kumpulan besar pula dibahagikan kepada 2 lagi kumpulan kecil yang merangkumi 11-12 orang dan terdiri dari pelajar usm dan UPSI...
setiap kumpulan kecil perlu mencari satu isu dan perlu mengulas kepada 4 bahagian iaitu panel 1-4. Antara isi yang perlu ada dalam panel adalah:

PANEL 1
KENAL PASTI MASALAH YANG INGIN DIKAJI & PUNCA MASALAH & KESAN MASALAH

PANEL 2
SENARAIKAN DASAR YANG SEDIA ADA DALAM MASALAH INI & KELEMAHAN DAN KEKUATAN DASAR SEDIA ADA & ALTERNATIF BAGI DASAR SEDIA ADA DARI PESERTA

PANEL 3
JANA DASAR BARU DENGAN POLISINYA & KELEMAHAN DAN KEKUATANNYA

PANEL 4
KENAL PASTI GOLONGAN YANG MENYOKONG DAN GOLONGAN YANG MENENTANG DASAR BARU & CARA UNTUK MENYAKINKAN GOLONGAN GOLONGAN INI

projek yang bagus dan berasaskan konsep 1 MALAYSIA
pengalaman yang baru
networking yang baru
input yang baru dan berguna